Rabu, 21 Desember 2011

KELEBIHAN SEORANG WANITA

KELEBIHAN SEORANG
WANITA (
。◕‿◕。) •1. Seorang
wanita solehah adalah lebih baik
daripada 70 orang wali,
•2.Seorang wanita solehah adalah
lebih baik daripada 70 lelaki soleh,
• 3. Seorang wanita yang jahat
adalah lebih buruk daripada
1,000 lelaki yang jahat,
•4. 2rakaat solat dari wanita yang
hamil adalah lebih baik daripada
80 rakaat solat wanita yang tidak
hamil,
•5. Wanita yang memberi
minum susu dada kepada
anaknya akan dapat satu pahala
daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.
•6. Wanita yang
melayan dengan baik suami yang
pulang ke rumah didalam
keadaan letih akan mendapat
pahala jihad.
•7. Wanita yang
habiskan malamnya dengan tidur
yang tidak selesa kerana menjaga
anaknya yang sakit akan
mendapat pahala seperti
membebaskan 20 orang hamba.
• 8. Wanita yang melihat suaminya
dengan kasih sayang dan suami
yang melihat isterinya dengan
kasih sayang akan dipandang
Allah dengan penuh rahmat.
•9.
Wanita yang menyebabkan
suaminya keluar dan berjuang ke
jalan Allah dan kemudian menjaga
adab rumahtangganya akan
masuk syurga 500 tahun lebih
awal daripada suaminya, akan
menjadi ketua 70,000 malaikat
dan bidadari dan wanita itu akan
dimandikan di dalam syurga, dan
menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.
•10. Wanita yang
tidak cukup tidur pada malam
hari kerana menjaga anak yang
sakit akan diampunkan oleh Allah
akan seluruh dosanya dan bila dia
hiburkan hati anaknya Allah
memberi 12 tahun pahala ibadat.
•11. Wanita yang memerah susu
binatang dengan “bismillah” akan
didoakan oleh binatang itu
dengan doa keberkatan.
•12.Wanita yang menguli tepung
gandum dengan “bismillah”, Allah
akan berkatkan rezekinya.
•13.Wanita yang menyapu lantai
dengan berzikir akan mendapat
pahala seperti meyapu lantai di
baitullah. •14. Wanita yang
menjaga solat, puasa dan taat
pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki
syurga dari mana-mana pintu
yang dia suka.
•15. Wanita yang
hamil akan dapat pahala berpuasa
pada sianghari.
•16. Wanita yang
hamil akan dapat pahala
beribadat pada malam hari.
•17.Wanita yang bersalin akan
mendapat pahala 70 tahun solat
dan puasa dan setiap kesakitan
pada satu uratnya Allah
mengurniakan satu pahala haji.
• 18. Sekiranya wanita mati dalam
masa 40 hari selepas bersalin,dia
akan dikira sebagai mati syahid.
• 19. Jika wanita melayan suami
tanpa khianat akan mendapat
pahala 12 tahun solat.
•20. Jika wanita menyusui anaknya sampai
cukup tempoh (2 tahun), maka
malaikat-malaikat di langit akan
khabarkan berita bahawa syurga
wajib baginya.
•21. Jika wanita memberi susu dadanya kepada
anaknya yang menangis, Allah
akan memberi pahala satu tahun
solat dan puasa.



•22. Jika wanita
memicit suami tanpa disuruh
akan mendapat pahala 7 tola
emas dan jika wanita memicit
suami bila disuruh akan
mendapat pahala 7 tola perak.
• 23. Wanita yang meninggal
dunia dengan keredhaan
suaminya akan memasuki syurga.
• 24. Jika suami mengajarkan
isterinya satu masalah akan
mendapat pahala 80 tahun ibadat.
• 25. Semua orang akan dipanggil
untuk melihat wajah Allah di
akhirat, tetapi Allah akan datang
sendiri kepada wanita yang
memberati auratnya iaitu
memakai purdah di dunia ini
dengan istiqamah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar